Padan muka selalu sangat tido lambat.bukan setakat tido lambat je, bangun tido pun lambat! haihh itulah saya dikala waktu cuti ini.eh, tak. no more CUTI in my life as a student ( alamak, kata xnak ckp rojak.ala..cincai la.peduli apa aku ).
memang seronok bila fikir dah habis belajar and all that.tapi bila fikir betul-betul balik, lepas nie dah tak boleh main-main macam dulu lagi.dah kena serious, fikir pasal nak keja suma.hishh tension tau sebenarnya. sekarang nie dok sibuk la apply kerja ( ala..forgive me again for using bahasa pasar/penang.nak wat cmna da org png kan..hee )
hmm okay next week betol2 kena pergi to one of the company yang recruit orang kerja tu ( my bro yg suggest ). kalau tunggu lama2, lama la saya menganggur di rumah. =(
baru-baru ni pergi akad nikah cousin.semua orang2 penting turut menghadiri majlis tersebut (bukan saya la.saya penyibuk je) since famili saya carpool naik kereta bapak saudara saya, so kami singgah lepak rumah beliau dahulu. ( cewahh lepak.nak jugak ayat sempoi )
nak dijadikan cerita semasa tengah "melepak" tu, bapak dan mak saudara saya telah menawarkan satu pekerjaan kepada saya dan adik saya ( suzie mok!! mokk gemokk mokkk ) maaflah saya tak dapat mengawal perasaan sebab si mokkk tu dah buat barney saya kehilangan sebelah mata. saya sangat sakit hati T_T .
ok berbalik pada cerita tadi. mereka offer suruh ajar anak2 diorang which are my cousins, ya..beri tuition. at first, macam seronok. macam ajar2 and have fun at the same time sambil test skill mengajar. ( saya sangat tak pandai mengajar )
tapi bila sampai satu tahap yang saya rasa diorang macam terlalu memberi kepercayaan dan harapan yang tinggi agar saya dapat mengajar anak2 mereka dengan jayanya, tergerak di hati saya, "eh, biaq betoi nih.beriya gila ni.ish xley jadi.dis is serious man". oleh itu, saya pun memberi jawapan professional, "balik nie nak pikiaq dulu.heeee" .
sebenarnya saya agak blur masa itu. ya, saya pernah berniat dulu nak mengajar budak2 nie sebab kesian tengok diorang macam ada masalah belajar. tapi masa tu saya masih study lagi dan tak ada masa. saya tak kisah nak mengajar. tapi bila tengok bapak dan mak saudara saya macam anggap saya ni sangat pandai, gelabah laa aku. ( saya tak pandai mana pun.huu )
nak ajar anak orang beb, bukan main2.mak diorang siap cakap, kalau kitorang setuju nak mengajar budak2 nie, mak dia nak berhentikan diorang dari tuition yang diorang pegi sekarang nie which cost around 400 per month. gila kan? tuition je dah rm400. "dari sia-sia bayar rm400 tu diorang still tak paham jugak, why not bayar kitorang je and ajar kat rumah terus" <-- nie mak saudara saya yang cakap tau.hehe
pasal duit tu saya tak kisah pun. cuma persiapan diri ni macam xcukup lagi. kalau saya setuju, saya akan mula bulan 6. and most probably i'll stay at their house in seberang jaya on weekdays. oh wait, weekdays..5 hari, without internet ? oh-em-gee. how would i survive?? ok i know rumah diorang tak la teruk pun. rumah besar, selesa, ada astro. tapi saya tak pernah berpisah dengan internet =( bolehkah saya menempuhi? takkan nak suruh abah beli broadband? ish melampau sungguh kan? tapi weekends saya mesti balik rumah la. dan yang paling penting, sebelum saya start mengajar kanak2 tu, saya kena STUDY balik buku teks kanak2 sekolah rendah itu!
jangan berlagak macam kita dah tau ok. sekarang syllabus diorang dah lain. semua dalam english. saya takut sangat saya bagi ajaran sesat. sekarang ni memang betul2 berbelah bahagi.
sebenarnya, ada kelebihan jika saya bersetuju mengajar iaitu :
- sementara saya menunggu tawaran bekerja, dapat mengisi masa dengan perkara berfaedah.
- dapat income dari duduk melopong di rumah. betul tak?hehek
- mak saudara saya ada jaga babies jugak tau. dapat belajar selok belok penjagaan baby. sukanya!
- boleh belajar memasak serba sedikit.untuk masa depan lah katakan =)
- dapat asah bakat sebagai pengajar. mana tahu tiba2 dapat tambah student dan terus bukak kelas tuition. haha berangannnn
- supaya menjadi seorang yang hidupnya lebih teratur dan lebih matang. (ya lah tu.entah2 budak2 ni pijak kepala aku )
cukup lah setakat tu. tak payah lah nak over kan. saya sendiri sedar banyak kebaikannya. tapi tak tau lah kenapa hati ni macam takut dan tak yakin. come on yazreen.. mengajar saudara sendiri je pun. saya takut saya tak berjaya mengajar diorang. saya rasa sesiapa yang bergelar cikgu pasti ada perasaan macam ini. ( baru nak mengajar budak sekolah rendah dah risau mengalahkan lecturer.gelabah betoi la dia ni )
saya akan terus meyakinkan diri saya untuk membuat keputusan yang tepat!
No comments:
Post a Comment